Essentials

APAKAH PERKARA-PERKARA YANG PALING PENTING YANG MEMBANTU MEWUJUDKAN
HOSPITAL-HOSPITAL YANG SELAMAT

Untok Membantu menjadikan hospital-hospital yang selamat ia melibatkan ilmu pengetahuan dalam beberapa faktor-faktor yang menyumbang kepada keadaan mereka yang mana meliputi :
  • BANGUNAN-BANGUNAN :
    • Lokasi dan spesifikasi-spesifikasi reka-bentuk  dan daya melenting bahan-bahan yang digunakan menyumbang kepada kemampuan  hospital-hospital untok menahan kejadian-kejadian yang bertentangan dengan semulajadi.
  • PESAKIT-PESAKIT :
    • Suatu malapetaka akan menambah jumlah bakal pesakit-pesakit  yang tidak  dapat dielakkan.
  • KATIL-KATIL HOSPITAL :
    • Akibat sesuatu malapetaka, katil-katil hospital yang tersedia sering kali berkurangan walaupun keperluan untok  kecemasan diberi perhatian dan ditingkatkan.
    •  KAKITANGAN PERUBATAN DAN BANTUAN :
      • Kehilangan atau ketidaksediaan kumpulan kakitangan mengganggu dalam memberikan perhatian kepada mereka yang cedera; menyewa kakitangan luar untok melanjutkan kapasiti tindakbalas membantu kepada keseluruhan bebanan ekonomi.
    • PERALATAN DAN KEMUDAHAN :
      • Kerosakan kepada elemen-elemen yang bukan struktur (non-structural elements) kadang-kadang boleh melebihi kos struktur itu sendiri. Sekali pun kerosakannya tidak begitu mahal, ia tetap memaksa hospital untok menghentikan operasi-operasinya.
    • PERKHIDMATAN DAN ``LIFELINES`` ASAS :
      • Kemampuan sasebuah hospital untok berfungsi bergantung kepada ``lifelines`` dan perkhidmatan -perkhidmatan asas yang lain saperti kuasa elektrik, air dan sanitasi (sanitation), dan rawatan dan pembuangan sampah.  Apabila beberapa perkhidmatan telah terjejas, perlaksanaan keseluruhan hospital juga akan menderita.
    Untok membantu menjadikan hospital-hospital yang selamat  memerlukan perhatian dan penglibatan untok memastikan semuanya berfungsi sapenuhnya terutamanya pada masa kecemasan-kecemasan  dan malapetaka-malapetaka. Di sana mesti terdapat penglibatan dari beberapa sektor-sektor saperti : perancangan, kewangan,perkhidmatan-perkhidmatan awam akitek dan kejuruteraan.


    PENGAWALAN FASILITI-FASILITI (KEMUDAHAN-KEMUDAHAN) TERMASUK :

    • Memastikan pengurangan resiko didalam rekabentuk dan pembinaan semua kemudahan-kemudahan kesihatan (Health Facilities) yang baru.
    • Memperbaiki keadaan   yang bukan struktur (non-structural) dan fungsi fasiliti-fasiliti kesihatan yang ada.
    • Mengadopsi perundangan dan langkah-langkah pembiayaan untok memilih dan RETROFIT fasiliti-fasiliti yang paling kritikal untok meningkatkan tahap perlindungan.