Introduction

PENGENALAN






Kemudahan kesihatan, baik hospital atau klinik kesihatan luar bandar, harus menjadi sumber kekuatan dalam keadaan kecemasan dan bencana. Mereka harus bersedia untuk menyelamatkan nyawa dan untuk terus memberikan perkhidmatan kesihatan yang penting seperti makmal, ubat-ubatan, rawatan dan pemulihan. Mereka juga harus menjadi simbol harapan semasa saat kritis dan memberikan sumbangan kepada masyarakat dalam hal  keselamatan dan kesejahteraan.

Rangka Tindakan Hyogo pada tahun 2005 menekankan pentingnya `` membuat hospital yang selamat dari bencana dengan memastikan bahawa semua hospital yang baru dibina dengan tahap ketahanan yang menguatkan keupayaan mereka untuk tetap berfungsi dalam situasi bencana dan melaksanakan tindakan-tindakan untuk meringankan dan  untuk menguatkan kemudahan kesihatan yang ada , khususnya yang memberikan perkhidmatan kesihatan yang  utama. ``

Kempen Pengurangan Bencana Dunia keatas Hospital Selamat dari Bencana (2008-2009) bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kesan perubahan yang akan:






  • Melindungi kehidupan pesakit dan petugas kesihatan dengan memastikan ketahanan struktur kemudahan kesihatan.
  • Memastikan kemudahan kesihatan dan perkhidmatan kesihatan dapat berfungsi dalam keadaan kecemasan dan selepas bencana, ketika mereka  sangat diperlukan.
  • Meningkatkan kapasiti  pengurusan kecemasan pekerja kesihatan dan institusi.

 Panduan ini mentakrifkan sebuah hospital  yang selamat dan menggambarkan pentingnya sebuah hospital yang selamat. Ia juga menyenaraikan penunjuk struktur dan bukan-struktur serta penunjuk fungsi yang mana setiap hospital dan klinik harus mempertimbangkan sebagai standad yang harus dicapai.